Despicable Me 3 Lebih Menghiburkan!


Haa, tahun ini, memang pecah rekod keluarga kami. Sebab, tak pernah kami beraya dalam panggung wayang 😁 Tapi tahun ini, pada Hari Raya Aidilfitri ke-4, Dura dan anak-anak bersama Maksu pergi ke TGV sebab bosan sangat tak beraya ke mana 😩 Kenapa jadi macam tu? Sila lah baca entry yang lepas ya πŸ˜„

Alkisah. Hajat di hati Dura nak menonton Transformers, sebab itu memang filem kegemaran Dura bersama arwah. Tapi, dah pergi TGV dengan budak-budak 3 serangkai ni; bila dia dah nampak sahaja papan iklan gambar Minion di situ.. Hmmm, apa lagi, "Mama, Mama, Mama! Nak tengok Minion Show!". Teruja betul dorang niπŸ˜€



Jika dilihat pada filem-filem Despicable Me sebelum ini, pada Dura ianya cerita animasi biasa - biasa sahaja. Kalau untuk kanak - kanak, memang menghiburkan terutama watak - watak Minion itu sendiri. Comel lah jugek kan? Hihi. Jadi, jangkaan Dura terhadap filem Minion terbaru ini macam 'Layan aje lah!". 

Setengah jam yang pertama, jalan cerita Despicable Me 3 sedikit mendatar. Tetapi, selepas itu, komedinya mula terserlah. Sama ada dewasa atau kanak - kanak, anda juga akan turut sama tersenyum dan ketawa menikmati jalan ceritanya. Kali ini ceritanya lebih memfokuskan kehidupan baru Gru sekeluarga, yang pada Dura ianya memberikan sedikit kelainan berbanding filem Despicable Me yang sebelumnya. Keseluruhannya, pada pendapat Dura, Despicable Me 3 adalah memang berbaloi untuk ditonton seisi keluarga.

Di luar panggung wayang juga turut disertakan papan iklan Minion yang besar (Dura tak pasti ianya ada di semua tempat atau tidak). Kami pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama bersama empat sahabat Minion tersebutπŸ˜„




#BlogDuraNorell #DuraNorellsJourney #TheZizisJourney #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #BloggerMalaysia #ParentingBlogger #LifestyleBlogger #DespicableMe3 #FilemDespicableMe3Berbaloi #MinionShowBest #FilemKanakKanak #MovieforKids #TGV #AEONAU2 #AEONSetiawangsa

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!