Toys banyak kenangan...


Bila dah tinggal di rumah Mak.. macam-macam barang dari rumah lama kami di Shah Alam kena buang, jual, atau sedekah pada orang. Ye lah, rumah Mak pun dah sedia sempit. Macamana nak muat barang kami pula kan?

Dalam banyak-banyak barang, toys budak-budak lah paling susah nak dikemas. Sebabnya, semua tu banyak kenangan antara si 3 serangkai dengan arwah Appanya. Pulak tu, bila tanya mereka, "Nak main lagi tak toys ni?" Jawapan paling mudah semestinya, "Nak!" 😄 Lagipun, semua toys elok lagi.. dan.. payah tau nak belikan mereka toys. Sebab semua tu kan pakai duit juga😁

Punyalah banyak kali kemas, tak juga surut toys dari kotak simpanan 😂 Penyudahnya, kami cari kotak besar je sebab nak muatkan semua toys tu 😆 Nantilah.. bila dorang dah besar, biar dorang sendiri yang buat keputusan sama ada nak simpan atau buang atau sedekah toys tu. Buat masa ni, biarlah disimpan dalam kotak ajaib tu dulu 😁



#blogduranorell #thezizisjourney #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #lifestyleblogger #bloggermom #toys #kidtoys

Popular posts from this blog

Whatsapp Blue Tick : Apa Maksudnya?

Yeeehuuuu!!! Dexandra Perfumes dah restocked!!

I LOVE LOVE LOVE DEXANDRA PERFUME!